Matematik bukan sekadar mengira, malah ia adalah proses berfikir untuk menyelesaikan masalah.
contohnya
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10 = 55
Jika menggunakan kaedah biasa iaitu menyelesaikan operasi penambahan dari kiri ke kanan.
Tetapi jika kita berfikir cara lain untuk menyelesaikan masalah ini maka kita akan mendapat banyak cara penyelesaian.
contoh gabungan dua nombor hasilnya sepuluh iaitu
( 1+9 + 2+8 + 3+7 + 4+6 ) + 10 + 5 = 55
oleh itu penyelesaian matematik tidak menjurus kepada satu kaedah sahaja bahkan ia mempunyai pelbagai kaedah atau cara yang boleh kita terbitkan dengan betul.
Justeru itu berfikirlah jika anda ingin menjadi manusia yang kreatif
No comments:
Post a Comment