Monday, August 1, 2011

Matematik bukan sekadar mengira, malah ia adalah proses berfikir untuk menyelesaikan masalah.
contohnya
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10 = 55
Jika menggunakan kaedah biasa iaitu menyelesaikan operasi penambahan dari kiri ke kanan.
Tetapi jika kita berfikir cara lain untuk menyelesaikan masalah ini maka kita akan mendapat banyak cara penyelesaian.
contoh gabungan dua nombor hasilnya sepuluh iaitu
( 1+9 + 2+8 + 3+7 + 4+6 ) + 10 + 5 = 55

oleh itu penyelesaian matematik tidak menjurus kepada satu kaedah sahaja bahkan ia mempunyai pelbagai kaedah atau cara yang boleh kita terbitkan dengan betul.

Justeru itu berfikirlah jika anda ingin menjadi manusia yang kreatif

Kenapa perlu belajar matematik ?

Teknologi berada sekeliling kita dan kita perlu matematik untuk memahirkannya.
Bahkan, di dalam alam pekerjaan yang memberi gaji yang lumayan memerlukan kemahiran matematik : contohnya ;
1. Doktor
2. Engineer
3. Scientis
4. Software Developers
5. Marketing Analysts
6. Financial Officers
7. Investment Managers
dan banyak lagi ...

Matematik bukan sahaja melibatkan nombor tetapi juga corak.

Jadi pekerjaan seperti pereka fashion dan interior designer mempunyai kelebihan jika mempunyai kemahiran matematik.